Irwan Abu Bakar

Irwan Abu Bakar ialah nama pena bagi Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas. Beliau pemegang ijazah BSc (Mech Engng) dan PhD (Bio-Engng). Kepakaran profesionalnya ialah dalam bidang biomekanik dan mekanik tisu. Beliau merupakan Fellow, Academy of Sciences, Malaysia (FASc). Kini Irwan bertugas sebagai Profesor di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulit Kejuruteraan Universiti Malaya.

Dalam bidang sastera, beliau menulis sajak, cerpen, dan novel di samping esei dan laporan.

Kini Irwan telah menghasilkan dua kumpulan puisi: Semelar (2003) dan Kuntom Ungu (2012). Buku kumpulan 25 puisinya, dengan setiap puisi diulas penulis Indonesia yang berlainan, telah juga diterbitkan dan diedarkan di Indonesia, dengan Peneroka Malam  (Jakarta: E Sastra Management Enterprise, 2014).

Beliau juga ialah penyelenggara dan penulis bersama bagi novel kongsi Hostel: Debaran Kedua (2004) dan Hostel: Memento Cinta (2010). Kedua-duanya diterbitkan oleh Esastera Enterprise.

Novel garapannya sendiri ialah Cinta Berbalas Di Meja 17 (2008), kini diterbitkan di Indonesia dengan judul Meja 17 (Jakarta: E Sastra Management Enterprise, 2014).

Irwan juga telah menjadi Penyelenggara dan Penyelenggara Bersama bagi berberapa buah buku.  Beberapa banyak karyanya juga telah terbit dalam pelbagai antologi bersama secara eceran.

Beliau pernah memenangi anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) dalam kategori cerpen eceren (2004-2005) dan Hadiah Sastera Darul Takzim dalam kataegori puisi eceran (2007-2008).

Irwan ialah pendiri e-Sastera, iaitu gerakan sastera siber di Malaysia, melalui portal awam sastera, http://www.e-sastera.com yang beroperasi sejak 2002.

Irwan merupakan Presiden Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-SASTERA).

Dalam perstuan profesional kejuruteraan, Irwan ialah President, Malaysian Society Of Medical and Biological Engineering (MSMBE), President, Malaysian Society Of Prosthetics and Orthotics, dan President, Asia-Oceania Top University League On Engineering, Kuala Lumpur (AOTULE-KL).  Beliau juga ialah Managing Director, BioApps Sdn Bhd, sebuah syarikat spin-off Universiti Malaya.

Irwan1

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s