Perada Cinta

perada_cinta

Judul Album: Perada Cinta
Artis: GLP (juga di GLPband.WordPress.com)
Vokalis: Hijas dan Ilya
Kandungan (11 buah Lagu):
01. CINTA BUKAN MILIKMU (Lagu: Bakri Ismail/Puisi: Dinie Wan)
02. PERADA CINTA (Nazif/Dinie Wan)
03. TERUS BERLARI (Nazif/Nazif + Hijas + Ilya)
04. MELEGAKAN HAKIKAT (Nazif/Ariff Mohamad)
05. PENGHARAP CINTA (Nazif/Dinie Wan)
06. DOA UNTUK GAZA (Umarul Iklim/Zainal Rashid Ahmad)
07. SULUH SINAR (Nazif/Dinie Wan)
08. SEORANG ITU (Dinie Wan/Dinie Wan)
09. JANJI RABU (Dinie Wan/Dinie Wan)
10. PELITA TAK PADAM-PADAM (Nazif/SN Keris Mas)
11. TANPA CINTA (Afira Naqilla/Afira Naqilla + Ilya Kablam)

Advertisements

Dinie Wan

Dinie Wan merupakan Pengurus bagi syarikat Esastera Records yang mengendalikan rakaman dan pemasaran cd lagu-lagu puisi oleh GLP (Grup Lagu Puisi E-Sastera).

Beliau sendiri telah menghasilkan lima lirik lagu untuk album pertama GLP, Perada Cinta (2014). Terkini menulis lirik lagu Hari Raya baru GLP, “Kerinduan Syawal” (Julai, 2014).

Seorang aktivis pelajar semasa menuntut di University of Liverpool, United Kingdom, kini Dinie Wan menumpukan kariernya dalam bidang perniagaan hartanah.

Dinie

Anbakri

Anbakri atau Annual Bakhri bin Haron ialah pemegang ijzah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Tenggara).

Penerima anugerah Sasterawan Alam Siber (SAS) dari E-SASTERA Malaysia (2006).

Telah menerbitkan buku kumpulan karya puisi dan prosa: Sura-surat Yang Tak Terhantar (2003).

Kemudiannya beliau menerbitkan kumpulan madah dalam dua buku: Tikaman Madah (2006) dan Tikaman Madah II (2014).

Bersama penulis Anasuraya, beliau menghasilkan buku kumpulan haiku 515 Haiku Melayu (2012).

Terbaru, Anbakri telah menerbitkan kumpulan puisi Asap Api Di Mataku (2014).

Beliau juga ialah pencipta dan penyanyi lagu-lagu puisi yang telah menghasilkan dua album penuh: Di Palang Ini (2006) dan Cinta dan Aku (2011). Di samping itu, Anbakri turut melahirkan beberapa lagi singles albumnya berjodol Racun Melukai, Kau Harus Kenang Ini Mimpi, dan Ciuman di Hujan.

Di eSastera, Anbakri ialah Penolong Setiausaha Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-SASTERA) untuk sesi 2013/2014.

 

Anbakri-fb