GLP (Grup Lagu Puisi E-Sastera)

glp_B&W

2014

Vokalis: Hijas dan Ilya
Syarikat Penerbit: Esastera Records (Pengurus Dinie Wan)

ALBUM PENUH

Perada Cinta

ALBUM SINGLES

Kerinduan Syawal (2014)

Suluh Sinar (2012)

 

SNAP SHOTS AKTIVITI

GLP @ PAL KLIP INDIE (Palembang TV Ch42):

          Part 1/5;    Part 2/5;    Part 3/5;    Part 4/5;    Part5/5

MHI (Tv3): http://www.youtube.com/watch?v=0hPOcnTzHUE

Hello On Two (Wawancara TV2): http://www.youtube.com/watch?v=pDqwJh6bs4g

Wawancara TV Al Hijrah.mp4

 

SEJARAH

Ditubuhkan pada tahun 2011.
Single pertama, Suluh Sinar (2012).
Album penuh pertama (11 lagu), Perada Cinta (2014).
Keanggotaan:
2014: Hijas dan Ilya;
2012-2013: Ilya, Hijas, Syah, Nazif (Keyboard), Khairi (gitar);
2011: Ilya dan Amran.

 

 

Advertisements

Ilya Kablam

Kablam22 adalah nama pena untuk sdr Wan Nur-Ilyani binti Wan Abu Bakar. Pemilik ijazah Bachelor of Human Sciences BHsc (English Language and Literature) ini ialah anggota eSastera yang aktif bergiat dalam semua aktiviti eSastera,

Kini merupakan Setiausaha Eksekutif Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA).

Semasa di universiti, beliau aktif berlakon dan mengarah teater.

Kini beliau ialah seorang artis rakaman yang bernaung di bawah syarikat Esastera Records sebagai vokalis GLP (Grup Lagu Puisi E-Sastera) yang telah menghasilkan album penuh Perada Cinta (2014).

Beliau juga menggunakan nama pentas Ilya Kablam.

 

ilya

Anbakri

Anbakri atau Annual Bakhri bin Haron ialah pemegang ijzah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Tenggara).

Penerima anugerah Sasterawan Alam Siber (SAS) dari E-SASTERA Malaysia (2006).

Telah menerbitkan buku kumpulan karya puisi dan prosa: Sura-surat Yang Tak Terhantar (2003).

Kemudiannya beliau menerbitkan kumpulan madah dalam dua buku: Tikaman Madah (2006) dan Tikaman Madah II (2014).

Bersama penulis Anasuraya, beliau menghasilkan buku kumpulan haiku 515 Haiku Melayu (2012).

Terbaru, Anbakri telah menerbitkan kumpulan puisi Asap Api Di Mataku (2014).

Beliau juga ialah pencipta dan penyanyi lagu-lagu puisi yang telah menghasilkan dua album penuh: Di Palang Ini (2006) dan Cinta dan Aku (2011). Di samping itu, Anbakri turut melahirkan beberapa lagi singles albumnya berjodol Racun Melukai, Kau Harus Kenang Ini Mimpi, dan Ciuman di Hujan.

Di eSastera, Anbakri ialah Penolong Setiausaha Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-SASTERA) untuk sesi 2013/2014.

 

Anbakri-fb