S. Iqram

iqram

S. IQRAM penyair dari etnik Murut berasal dari Mukim Melalap, Tenom, Sabah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Jurispruden), Universiti Malaya. Kini menetap di Kuala Lumpur.

Dua tarikh keramat dalam hidupnya:

  • Pertama, lahir pada 25 September 1976 sebagai penganut Kristian (Roman Katolik) dengan nama Sylvester Bin Aloysius
  • Kedua, 16 November 2000 mewajahi dirinya seorang Islami memilih nama Syamirul Iqram bin Abdullah Aloysius

Iqram meminati sastera genre puisi dengan pencapaian antaranya:

  • Pemenang hadiah bestari majalah Karya (Kumpulan Utusan) 1998 dengan puisi “Sejenak di Gerbang Santiago”
  • Pemenang minggu keempat Pertandingan Menulis Puisi melalui facebook sempena Bulan bahasa Kebangsaan Tahun 2010 anjuran Perbadanan Putrajaya
  • Memenangi tempat kedua Sayembara Penulisan dalam Talian (Puisi) sempena Hari Belia 2011
  • Menjuarai Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) bagi Hadiah eSastera.com(HesCom) Tahun 2011 di Alor Setar, Kedah

Kumpulan puisi perseorangannya setakat ini:

  • Ekstasi Cinta (terbitan Esastera Enterprise, 2011)
  • Risalah Syahadah (terbitan Esastera Enterprise, 2012)

Puisi-puisinya terbit dalam antologi puisi bersama yang berikut:

  • Meditasi: Dampak 70 (2011)
  • Gema Membelah Gema 16 (2011)
  • Menyirat Cinta Haqiqi (2012)
  • Jejak Sajak (Bengkel Puisi Swadaya Mandiri-Indonesia, 2012) [end]
Advertisements

Ahkarim

Ahkarim

Ahkarim ialah nama pena bagi Abdul Halim bin A Karim, seorang penyair, cerpenis, dan novelis dari Alor Setar, Kedah yang aktif berkarya di alam siber.

Beliau telah menerbitkan kumpulan cerpen Mou Sumi (Esastera Enterprise, 2009) dan novel kanak-kanak Sir Khatim (Esastera Enterprise, 2011). Puisi-puisinya banyak diterbitkan dalam beberapa antologi bersama, termasuk Tunas Jiwa, Antologi Puisi Seniman Prihatin Tsunami (DBP 2005), Doa Penyair, antologi puisi sempena Malam Akademi Puisi eSastera, (terbitan Kerajaan Negeri Kelantan,2006),  Musibah Gempa Padang, Antologi Puisi Penyair Nusantara (terbitan eSastera Enterprise, 2009), Kehilangan, Antologi Puisi Mengenang Affrini Adham, (terbitan ASASI, 2006), Eloka II (Esastera Enterprise, 2014), E-Loka (Esastera Enterprise, 2012), Ana: Antologi Karya eSastera Mengenang Brirasa (Esastera Enterprise, 2012), Bukit Siguntang Mahameru (Esastera Enterprise, 2011), dan Sensasiber (Esastera Enterprise, 2011).

Karya prosanya ada juga yang dibukukan dalam antologi Cendul Blues – Yang Lucu-lucu Di eSasterawan.net (Esastera Enterprise, 2011), Budak Kayu, Blook eSasterawan (terbitan eSastera Enterprise, 2007).

Ahkarim telah memenangi pelbagai anugerah dalam siri Hadiah eSastera.com, termasuk Anugerah Cerpenis Alam Siber (2006), Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (2006), dan Anugerah Khas Kegiatan Dampak Tinggi (Kebaktian) (2011). Beliau juga pernah memenangi Sayembara Penulisan Cerpen Cinta anjuran Majalah JELITA. Cerpennya juga tersiar di dalam antologi cerpen bersama seperti Belum Terlewat, Antologi Cerpen Berunsur Islam (terbitan Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UITM, 2009), Harga Sebuah Amanah – Antologi Cerpen Berunsur Islam (terbitan Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UITM, 2009), Jeritan Pulau, Antologi Cerpen Penulis Utara ( DBP, 2011), Hostel: Memento Cinta (Novel Kongsi eSastera Enterprise, 2010), Sejalan Tak Seiring, Antologi Finalis Hadiah ESastera (terbitan Esastera Enterprise, 2007).

Ahkarim juga menulis artikel nonkreatif tentang karya sastera untuk seminar dan sebagainya.

Ahkarim pernah beberapa kali dinobatkan sebagai juara deklamator  eSastera. Bersama-sama E-Sastera, beliau juga mendeklamasi puisi di merata tempat di Malaysia serta di negara Brunei Darussalam dan Indonesia.[end]

Yo Sugianto

Yo-Sugianto

Sekilas Yo

Lahir di Bojonegoro, Jawa Timur, dan setahun kemudian keluarganya hijrah ke Malang. Menghabiskan masa kecil dan remajanya di Malang, lalu ke Jakarta. Wartawan dan staf public relations adalah dua profesi yang pernah dilakoninya. Kini menjadi penulis bebas, dan menjadi penyair.

Setelah meluncurkan kumpulan puisinya Di Lengkung Alis Matamu (2006), Yo makin serius menekuni kepenyairannya. Puisinya dimuat di beberapa antologi bersama seperti Jogja 5,9 Skala Richter (KSI-Bentang, 2006), Antologi Empati Jogja (Komunitas Puisi FLP dan Portalinfaq.org, 2006), Antologi Penyair Nusantara: Musibah Gempa Padang (Kuala Lumpur, 2009), Antologi Puisi dan Cerpen Ibukota Keberaksaraan (Jilfest 2011), Cinta Gugat, Kitab Antologi Puisi (Paguyuban Sastra Rabu Malam, 2013).

Selain itu puisinya juga terpublikasikan di beberapa koran nasional dan media online seperti Jurnal Nasional, Sinar Harapan, Batam News, tabloid Apa Kabar (Hongkong), majalah Story, kompas.com.

Yo juga pernah diundang membawakan puisi di Bintan Arts Festival (2007 dan “Seminar Kepengarangan Muslimah Nusantara” di Kuala Lumpur (2009), “Jakarta International Literature Festival” (Jilfest.) 2012, serta beberapa acara lain yang bersifat sosial.

Pada tahun 2008 memiliki gagasan, dan mewujudkannya menjadi acara sastra yang dikenal sebagai “Sastra Reboan”, yang diadakan setiap hari Rabu di Warung Apresiasi, Bulungan, Jakarta Selatan.

Saat ini bekerja, berkantor di rumah, di pinggiran Jakarta.

Penerbitan terbarunya adalah kumpulan puisi Tenung (E Sastra Management Enterprise (eSMe), 2014)

Email : ngeblues55 [at] gmail [dot] com.

 

Dikemaskinikan pada: 6.8.2012

Bulan Suram Di Langit Kashmir

BSDLK-Cover
Judul: Bulan Suram Di Langit Kashmir
Genre: Antologi Puisi
Penulis: (e-Wanita ber-4) Hasimah Harun, Dahna, Nur Ain Hanis, Citranalis
Bilangan halaman:
Harga: RM

 

Pendahuluan

Seni dan masyarakat memperoleh keindahan daripada kebolehan untuk menggabungkan perbezaan dan perselisihan dalam pola yang harmoni. Hal ini diperhatikan oleh Shaftesbury semenjak pengarang berkewajipan dalam kesusasteraan untuk mengimbangi sudut pandangan yang berencam dalam sesuatu teks. Dalam kritikan kesusasteraan beliau yang turut serta melalui teori dialektik, seni dan kesusasteraan menjadi begitu subur pada abad ke-19. Teori ini mendakwa bahawa seni memperoleh nilainya daripada kebolehannya untuk mendamaikan kuasa atau idea yang berlawanan, terutamanya daripada kebolehan untuk mengantarai konflik tentang hal yang berkaitan dengan universal yang konkrit, atau kepentingan individu dengan kebaikan masyarakat secara keseluruhan. Tanpa keindahan yang tulen dan benar membuatkan imej perdamaian karya bersifat negatif. Dan ini tidak dikehendaki dalam dunia seni universal. Oleh sebab itu puisi semestinya mempunyai keindahan. Ini kerana keindahan merupakan produk harmoni, kesamaan dan keseluruhan. Keindahan dihargai dari segi kebolehannya mengeluarkan perasaan keseronokan, kesejahteraan dan integrasi dengan alam semula jadi dan masyarakat. Dengan kata lain, puisi yang indah semestinya mengungkapkan pengalaman sosial, kuasa aktiviti budaya dan kesan sosial kepada jiwa masyarakat. Pengucapan terpenting tentang masyarakat dalam puisi ialah kebaikan alam terhadapnya, atau keinginan penyair memurnikan jiwa masyarakat. Dalam keadaan masyarakat yang tidak murni, termasuk nasib dan kedudukan bahasa yang sepatutnya indah dari segi fungsinya dalam sesebuah negara, maka penyair bertanggungjawab untuk membekalkan idea tentang cara-cara memurnikannya, atau mengkritik secara halus agar ketidakmurnian yang berlaku dalam masyarakat disindiri ke arah pembetulan dan pembaikpulihan. Hal ini sangat lazim dalam puisi Melayu, termasuk yang dicipta oleh penyair wanita. Sebagai contoh, dalam puisi berjudul Niaga Perasaan oleh Hasimah Harun terungkap pengalaman dalaman bersifat kejiwaan. Terdapat falsafah kesabaran dan muhasabah diri yang terapung pada makna-makna halus yang dijadikan pegangan hidup, selain sebagai obat yang menyembuhkan kesakitan di hadapan manusia awam yang tidak mengenal kepentingan kemulusan dalam hidup yang ada hembusan angin dan tempias hujan.

 

Ini musim merembas kata
akulah penjaja
akulah juga pembeli makna
pada harga lelongan.

Pada beku rahsia
inilah musim kubalut rahsia
pada puisi lelongan
yang kujaja
dan kubeli sendiri
untuk kuratap
dan kurobek.

Sehabis musim ini
‘kan kuganti dengan mulus kata-kata.

Moga baik nasibku
mulus kata-kata akan terjual
dengan harga tinggi.

 

Puisi ini mujarad dari segi pemendaman rasa dalam jiwa, sehingga pembaca harus mencari makna-makna pelambangan yang boleh membantu kejayaan menafsirkan maksud mesejnya yang bersifat rasa. Puisi mujarad seperti ini mendukung nilai estetik yang tinggi dari segi kebolehan penyairnya menyembunyikan idea halus dan dalam di luar kuasa bahasa yang penuh dengan nilai metarasa. Ujaran stanza 3 yang berbunyi [Sehabis musim ini / ‘kan kuganti dengan mulus kata-kata] yang diikuti oleh ujaran stanza 4 yang akhir yang berbunyi [Moga baik nasibku /mulus kata-kata akan terjual / dengan harga tinggi] membawa setitip falsafah tinggi bahawa kehidupan yang tinggi nilai emosi dan inteleknya dipengaruhi oleh sikap dan tindakan yang halus, murni dan bermanfaat kepada diri seseorang secara mandiri, dan mungkin juga kepada masyarakat secara pelambangan.

 

Puisi lain yang menilai pengalaman masyarakat ke arah pembaikan ialah puisi berjudul Penjarah sejarah oleh Dahna. Puisi ini mengajak masyarakat memikirkan hakikat tentang wujudnya pencuri sejarah yang menular untuk menukar jalan fikir yang boleh merosakkan budaya dan kepercayaan agama Islam oleh unsur datangan di sini. Walaupun kata agama tidak dikaitkan secara langsung, kata kebenaran dam mauduk cukup memenuhi interpretasi. Dalam sajak ini, persoalan yang kabur digunakan untuk memendamkan hakikat di dasar kemungkinan, agar kehalusannya terpelihara. Penyair berasa amat sangsi dengan kewujudan nilai asing dalam masyarakat dan budaya kita. Nilai ini sering menghukum ketenangan hidup kita yang mempunyai sejarah asalnya yang murni dan jujur. Mari kita lihat tempias tanggapan ini dalam sajak yang dimaksudkan itu:

Siapa yang gelojoh mengumpul reranting rasa
melonggok kalut akal, kering dan rapuh
lalu mencetus marak api
di tengah padang tempat kita menggatih rukun:
– siapa penjarahsejarah?

sedemikian seekor selar dihambat
ke dalam baju dan celana teman sepermainan,
kau terhincut bergelakan, dan hari ini
jelir lidahmu berpintal di inci tanah yang sama dinaungi
menjeluak kebiadapan.

Lampau waktu simpati pertiwi
menjelum demam imigrasi
ditepis sambil menyungging senyum, kini.

Siapa memaling kebenaran
lalu meletaknya di sulbi pembohongan
lupa akar usul
di neraca jirim mauduk kastanya
sehingga terpincang oleh tangan mereka

Maksud ujaran stanza pertama dan kedua cukup panas untuk membara jiwa masyarakat yang rindukan ketenangan dan perpaduan.

 

Estetika

Yang paling tidak boleh dinafikan ialah sumbangan estetika sebagai dimensi yang menempatkan karya sastera, seperti puisi, dalam ranah kualitatif. seperti yang telah diketahui oleh para sarjana kesusasteraan, bahawa estetika berhubungan dengan keindahan seperti: apakah ukuran atau dimensinya dalam puisi, serta hubungannya dengan kebenaran dan kebaikan. Kualiti ini akan digunakan dalam bahagian pengantar ini untuk melihat kedudukan puisi-puisi ciptaan penyair wanita kita dalam antologi Bulan Suram Di Langit Kashmir. Walaupun aspek lain turut menyumbang kepada pengukuran kualiti sesebuah puisi, estetika sangat bertanggungjwab dalam penilaian ini berbanding aspek lain seperti struktur bahasa dan budaya dalam perkaitan dengan fikiran dan pemikiran yang terucap dalam puisi.

Sumber estetika dalam puisi lebih banyak dikaitan dengan kewujudan nilai ‘keagungan’ (sublimiti) sebagai sejenis kepandaian atau kefasihan khusus. Kebanyakan strategi retorik dirancang untuk memujuk audien dengan menawarkan hujah. Hujah ini pula dirancang untuk membantu audien atau pembaca melalui proses pertimbangan yang mendalam. Hal ini akan kita lihat sama ada wujud atau tidak dalam puisi-puisi empat penyair dalam antologi ini. Setelah diteliti, konsep keagungan yang dimaksudkan ini terbayang, antaranya dalam sebahagian puisi Taman Hati karya Nur Ain Hanis yang berikut ini:

Taman hati
kupagari dirimu dengan tembok keimanan
agar ia menjadi benteng
menahan arus gelombang kehidupan
kuhiasi dirimu dengan bunga-bunga impian
agar ia berkembang mekar
mengharum kasih setulus hati
cinta abadi.

Bayangan “keagungan” tidak berbayang pada maksudnya, tetapi pada susunan kata dalam diksi, meski pengertiannya mudah sahaja. Terdapat pengisian jiwa dalam puisi tersebut, setidak-tidaknya dari segi mengimbasi nilai motivasi yang jernih dari segi kerohanian yang mendasari peringatan atau renungan. Kata [agar] menyahut pengisian hujah yang dihantarkan oleh penyair dalam puisinya itu.

Dalam bahasa, kata-kata dapat mewwakili roh, yang dilancarkan melalui bakat semula jadi dan inspirasi yang dibentuk dalam ujaran. Sumber keagungan ialah fitur-fitur bahasa yang menghasilkan keagungan itu sendiri. Mengikut Longinus, tanpa kuasa keagungan gaya akan gagal. Maknanya, puisi yang mempunyai nilai estetik sahaja tidak termasuk ke dalam genre yang dinamakan puisi. Konsep keagungan selalunya membauri alasan, rumus dan pengiraan yang tergambar, setidak-tidaknya, dalam imaginasi yang ditimbulkan dalam puisi. Rumus dan pengiraan membuatkan puisi sempurna dari segi idea yang dikemukakan, kerana bahasa yang betul nahu kreatifnya dengan sendirnyai terbela oleh alasan yang wujud secara tidak semana-mena itu. Terdapat sebuah puisi yang mendukung keperluan ini, iaitu beberapa ujaran puisi ciptaan Citranalis yang berjudul Setelah Hujan Berhenti di bawah ini:

Berikan payung itu
biar kututup cerita semalam
kerana hujan yang berhenti
membawa bersamanya tangis
yang mengalir dalam satu
lautan rasa.

Walaupun puisi ini pendek, strukturnya cukup untuk menubuhkan suatu falsafah pemikiran yang agak khusus, kerana “hujan yang berhenti” memerlukan dugaan atau ujian (sebagaimana yang ditafsirkan daripada lambang ‘tangis’ untuk manusia dapat memahami ‘lautan rasa’, iaitu “pengalaman yang penuh dengan warna dan sentuhan yang rencam, tetapi bermakna.”

Kehadiran keagungan boleh bersifat “tempiasan” sahaja dan ini ditentukan oleh kebolehan puisi untuk menggerakkan emosi yang kuat dan berilham. Kedua-dua unsur ini begitu dalam, dengan selainnya kelihatan hanyalah sebagai hasil seni, iaitu pembentukan yang betul kerana mengandungi gambaran fikiran dan gambaran bahasa (seperti kiasan, alusi dan kilasan), bersama-sama dengan penciptaan diksi yang mulia, yang kemudiannya diputuskan oleh pemilihan kata, penggunaan tamsil, perumpamaan dan sebagainya, termasuk perincian gaya.

Setelah meneliti beberapa banyak karya, puisi berjudul Wajah Pulang oleh Hasimah Harun mencerahkan kualiti ini, walaupun tidak seluruhnya:

Wajah calar solekan pudar
hilang seni hilang seri
wajah cemar
berdebu

Sekelip mata tergelincir
terperangkap di gaung silap
gelap segelap malam
pekat sepekat malam.

Dalam gelap merayap sinar.

Terhias insaf raut wajah
melimpah harap taut pasrah
pergilah calar pergilah cemar
aku mahu pulang.

Bahagian yang bergaris-bawah itu berhiaskan tempias keagungan yang tinggi roh emosinya. Di sini wujudnya ufuk yang menanm jiwa ke dalam diri penyair. Dalam puisi ini sumber kehebatan kelihatan mewujudkan kesan keseluruhan yang terakibat daripada digniti dan ketinggian. Kualiti ini sukar dicapai oleh kebanyakan puisi biasa, kecuali beberapa, jika ada, yang dapat menelurkan kebaikan dan falsafah pemikiran yang halus dan menangkap jiwa serta mengandungi siraman intelek.

Ekspresi

Kesusasteraan juga pernah dilihat sebagai mediasi penerokaan kemungkinan dan pembatasan kebebasan manusia. Seni, menurut Kant dan Schiller, membentuk anggapan bahawa ia dapat mewujudkan sejenis campur tangan antara keperluan individu dengan permintaan komuniti, supaya ia dapat bertugas sebagai model kebebasan manusia, iaitu kebebasan yang dimenangi melalui perbandingan dengan cara mengharmonikan kuasa perselisihan dalam psike. Seni merupakan sejenis permainan yang diperteguh supaya melaluinya emosi yang berkonflik dan kuasa kognitif yang mencorak tingkah laku manusia diharmonikan. Teks kesusasteraan, seperti puisi, merupakan ekspresi unggul yang dinamik, kerana ekspresi seni merupakan proses tawar-menawar untuk pembaikan. Proses ini lebih ketara dalam karya kesusasteraan sekarang ini, terutamanya puisi yang lebih banyak dipengaruhi oleh pragmatisme.  Sebagai contoh, puisi Ombak oleh Dahna mengungkapkan kebebasan yang memperihal perilaku ‘ombak’ dalam konteks pengalaman jiwa yang dikaitkan dengan kehidupan manusia, bahawa ‘ombak’ boleh mengajar manusia melalui pengalamannya di laut. Walaupun puisi ini mujarad pada aras struktur dalamannya, kemungkinan masih boleh dicapai oleh pembaca, sekurang-kurangnya menggarapi hakikat bahawa manusia juga hidup seperti ombak di lautan. Yang sinisnya ialah hakikat yang penuh dengan pertanyaan, sedangkan penyairnya sudah menyediakan jawapan, bahawa dia boleh hidup tanpa campur tangan ombak dalam masyarakatnya. Mari kita perhatikan kilasan mujarad tersebut yang terungkap pada sebahagian puisi yang sama di bawah ini:

Engkau berulang rentap menarik dan menyongsongku ke lubuk yang paling sepi, paling hitam. Oh ombak! alunkah merasuk tubuhmu sehingga kau ganas bergelora? atau marahkah engkau kerana aku enggan menyapa puji tika jingga senja menguning bibirmu?

 

atau kerana secuit dendam yang kaugulung jauh ke dalam pusaranmu? atau kerana aku dangkal tika cinta berkembang di biru dadamu? atau gahmu yang selalu menang menawan saujana laut?

 

Puisi yang tidak difahami oleh pembaca tidak penting dalam kesusasteraan. Yang penting ialah nilai estetiknya, sama ada wujud atau tidak, dalam puisi tersebut. Dalam puisi Dahna di atas, permainan kata-katanya disusun dalam logik yang wajar, kerana penyair menjadi unsur penyambung antara kehidupan manusia dengan hakikat ombak yang tidak pernah tenang itu. Ujaran seperti [atau kerana aku dangkal tika cinta berkembang di biru dadamu? Atau gahmu yang selalu menang menawan saujana laut] mengemukakan persoalan yang tidak selesai. Hal ini logik dari segi “hakikat ombak di lautan” yang tidak pernah tenang, walaupun itulah kebahagiaannya; tidak seperti manusia yang boleh bahagia dalam pengalaman yang tidak membuktikan ketenangan. Inilah yang dikatakan puisi. Di sinilah tersangkutnya kuasa estetik dalam penyediaan persoalan yang tidak terjawab oleh manusia, kerana manusia terlalu menggunakan bukti untuk menterjemah kehidupan mereka. Penulis rasa puisi ini bagus dari segi binaan persoalan, dengan menggunakan diksi yang terpilih kata-katanya. Puisi berjudul Ketika Ombak Berbisik oleh Citranis juga tergolong kepada jenis yang sama:

 

Bagaimanakah harus kutafsir

di sebalik kerinduan ini

   menyelak tiap helaian hidup

     adalah satu rasa yang amat payah

       tidak semudah sebaris ayat

         kerana setiap kalimah yang terungkap

           akan mencarik cebisan hati

               yang sekian lama membeku

 

Sajak ini sudah menjawab pertanyaan apabila ‘ombak’ telah menjadi dirinya. Gelagat hidup yang serba payah dan mengelirukan itu sebagai corak yang dialaminya, sebagai terjemahan dalam konteks ‘ombak’ di lautan, tetapi ombak yang ditafsirkannya itu tidak berada di lautan. Sedangkan penyair membawa rindu yang sangat mulia dan besar maknanya kepada dirinya barangkali untuk seorang kekasih yang tidak diucapkan, atau yang sudah pun berada dalam hidupnya. Citranis juga sejiwa dengan Dahna, bahawa ombak yang menyukarkan hidupnya itu sebenarnya sedaun pintu yang terbuka untuk dimasuki kebahagiaan dalam sifatnya “berombak”, iaitu seperti laut yang memerlukan ombak untuk menikmati kebahagiaan yang sememangnya “berombak”.

 

Gender

Hasil tulisan golongan wanita sekarang layak mendapat tempat dalam kanun kesusasteraan, tetapi, oleh perbezaan yang agak dramatik, sudut-sudut kesusasteraan penulis wanita haruslah sentiasa dihakimi. Virginia Woolf mendakwa bahawa penulisan yang paling baik ialah yang menyatukan dua sudut pandangan lelaki-dan-perempuan. Panggilan Woolf terhadap penggabungan sudut pandangan ini harus difahami sebagai suatu permintaan untuk pengertian gender yang lebih bersifat manusia dan kehidupan. Walau bagaimanapun, karya lebih dilihat pada kuasa estetik di dalamnya. Nilai estetik itu lebih bermakna daripada aspek yang lain-lain apabila kita membicarakan kualiti hasil penulisan wanita berbentuk karya, seperti puisi. Dalam pencerahan budaya, sesetengah bacaan mengesahkan kategori estetik sebagai suatu paradigma yang berguna untuk bacaan seni kesusasteraan. Apakah yang dikatakan seni kesusasteraan itu sebenar?   Sebagai jalan tengah yang adil kepada semua sudut pandangan, tugas kita seharusnyalah berusaha untuk memahami ketidaksempurnaan estetik kesusasteraan yang menahan begitu lama penderitaan. Inilah yang dikatakan penguatan yang paling kukuh terhadap ikatan yang tidak boleh dipisah-pisahkan sama sekali antara kesusasteraan dan seni. Sebagai contoh, puisi Aku Tahu Maknanya oleh Hasimah Harun mencantumkan kesusasteraan dan seni dalam konteks budaya Islami:

jujur ada di tengah-tengah hati
garilah janjiku
rantailah setia kepadamu
sesudah itu
senyum dikunyah-kunyah
manisnya telan bersama
ampunlah dari sekecil-kecil dosaku
di lingkaran rumah tangga.

Sebutan yang mengenai kesetiaan isteri yang dituntut oleh agama begitu aman. Ujaran [jujur ada di tengah-tengah hati] dan [garilah janjiku] merupakan ekspresi jiwa yang merantaikan akad dengan pengisian pengalaman hidup yang cukup jujur. Meskipun idea ini mandiri, ia juga melambangkan nilai dan sikap universal yang Islami. Manakala ujaran [ampunlah dari sekecil-kecil dosaku] dan [di lingkaran rumah tangga] mengiktiraf kelemahan manusia yang sentiasa berlegar di ruang pertarungan kebahagiaan hidup berumah tangga. Kata-kata yang dipilih sebagai bahan kesusasteraan didapati sesuai dengan seninya yang manis di lantai jiwa.

Puisi lain yang menyerap idea tentang falsafah yang sering diungkapkan oleh wanita ialah puisi Di Lanskap Kehidupan yang sebahagiannya diungkap oleh Nur Ain Hanis dalam stanza ketiga yang berikut ini:

Merata-rata khabar melanda
terjumpa di mana-mana
terbiar tanpa dibela
terlontar bagai sampah terbuang
terhina bagai anjing di jalanan
begitulah hakikat
jika hilang tiang keimanan.

Perjuangan wanita yang tersatu dalam pengetahuan penyair umumnya tidak mengasingkan seni daripada karya yang berbeza itu. Maknanya, asal sahaja puisi itu dicipta, ia terus dilontarkan kepada masyarakat pembaca untuk diteliti dan difahami idea yang terungkap dalam puisi itu sebagai yang sama, iaitu perjuangan memelihara dan membentuk moral yang terguris dalam pengalaman masyarakat. Ujaran [begitulah hakikat/jika hilang tiang keimanan] menunggak pengertian yang disedihi oleh penyair sebagai sesuatu yang tidak harus berlaku dalam masyarakat, tetapi telah pun berlaku. Harapan penyair untuk mengubati penyakit sosial ini tergantung antara tangkai keimanan di kebun malam dengan jejak kaki di bumi amalan.

Kesimpulan

Dalam antologi Bulan Suram Di Langit Kashmir ini keempat-empat penyair Hasimah Harun, Dahna, Nur Ain Hanis dan Citranalis didapati sejalan dari segi ideologi dan epistemologi. Keempat-empat penyair itu telah mendedahkan pengalaman wanita yang telah meningkatkan apresiasi nilai wanita dalam dunia. Memang terdapat perbezaan pengutamaan dari segi darjah pengalaman psikologi masing-masing. Hasimah Harun lebih banyak menumpukan minat pada peranan kasih sayang dalam dunia kehidupan manusia dengan peranannya yang sihat dalam institusi keluarga, agama, budaya dan masyarakat, selain aspek kemanusiaan yang juga dipertimbangkan dari sumber kasih sayang dan cinta seorang wanita terhadap orang yang paling hampir dengan pengalaman diri, mahupun pengalaman masyarakat. Keadilan yang dituntut oleh Hasima Harun lebih banyak terpusat pada nilai kebenaran dan kejujuran, sebagai asas ketenangan hidup manusia dalam masyarakat setempat dan masyarakat jagatan. Kejernihan ini terbawa dengan halus dalam puisi-puisi ciptaannya. Dahna menumpukan perhatian pada persoalan hidup yang sering tidak diselesaikan oleh manusia. Seperti juga Citranalis, Dahna merungkai keinginan yang tergantung dalam diri dan kehidupannya, sehingga ruang katarsis menjadi sempit, sedangkan pengalaman jiwanya begitu luas ufuk penyelesaiannya. Tapi inilah yang dikatakan puisi, bahawa apa sahaja yang diungkapkan di permukaannya sesungguhnya lebih dalam dan jauh pada aras dalamannya, iaitu pada sudut-sudut kalbu estetiknya. Nur Ain Hanis pula terkadang seperti Hasimah juga, bahawa kecenderungan yang paling dihormati pada penemuan di simpang-simpang kehidupan ialah keperluan wanita yang perlu tebal pada nilai cinta dan kasih sayang, dengan agama menjadi penyalut kepada kehidupan yang murni, atau yang kuat melalui proses penyerahan diri kepada Tuhan yang Maha Esa itu. Masalah kehidupan semacam wujud dalam pengalaman Nur Ain Hanis, iaitu apabila cahaya Ilahi dan keimanan terlepas daripada perhitungan. Konsep kasih sayang dihadiahkan kepada ibunya dan ayahnya melalui puisi, manakala kecintaan terhadap kemanusiaan setempat dan jagat menjadi titian antara kebahagiaan dunia yang perlu seimbang dengan kebahagiaan abadi. Penulis kagum dengan keempat-empat penyair wanita yang mencipta puisi masing-masing dalam antologi Bulan Suram Di Langit Kashmir, iaitu judul yang mengambil iktibar tentang bagaimana kemanusiaan menjadi bengai dan tersungkur di bumi dua alam: alam Islami dan alam Hindu: semacam dua agama tidak pernah tenang di titik yang sama, malahan tidak juga tenang di titik yang berbeza pun. Di sinilah penyair insaf bahawa persamaan dan perbezaan tidak membawa apa-apa makna apabila pengalaman yang berbeza itu tidak menyamakan hasrat, manakala pengalaman yang sama pula terus membezakan pegangan untuk menang. Pemberatan psikologi ini memang sesuai dijadikan judul antologi puisi kerana nilai tragisnya lebih cepat mengundang perhatian dan kesungguhan yang amat bererti dalam arena kehidupan manusia yang berjanji untuk mencintai dan menikmati kemanusiaan tersebut di dunia yang kita diami ini.

 

ARBAK OTHMAN

 

Tenung

Judul: Tenung
Genre: Kumpulan Puisi
Penulis: Yo Sugianto
Tahun Terbit: 2014

Penerbit: E Sastra Management Enterprise (eSMe), 2014

Tenung-cover

 

POLOS DAN INDAH

Kumpulan 54 buah sajak Yo (termasuk satu di bahagian Parteks) dalam kumpulan Tenung ini adalah sebuah pengutaraan fikiran dan peluahan emosi yang mantap dan matang. Nyata Yo berpengalaman mempersembahkan sajak-sajaknya dalam bentuk yang didefinsikan Coleridge: The best words in the best order.

54 sajak yang berkenaan telah ditulis sepanjang tempoh lapan tahun, dari 2006 (sebuah) sehingga 2014 (2 buah). Paling banyak ialah tahun 2011 (17 buah) dan 2010 (13 buah).

Tema yang dipilih Yo untuk bersajak merangkumi pelbagai bidang termasuk sastera, agama/kerohanian, kemasyarakatan/sosial, politik, cinta, kasih sayang kekeluaragaan, dan emosi peribadi. Keprihatinannya terhadap rakyat bawahan juga adalah menonjol, seperti dalam sajak Gemah Ripah yang saya anggap sangat menarik. Antara ungkapannya yang menarik ialah:

petani lebih sering menanam sepi
sembari menghitung hasil kerja yang merugi
sekilo gabah tak cukup untuk setakar beras
sedang perut anak isteri terus merintih

 Isu yang sama menarik diketengahkannya dalam sajak Tak Ada Puisi Buatmu:

kalau kau ada di sini
akan kuceritakan kekuasaan mereka yang kaya
tak segan menikam hingga robek jantung
lalu mereka jilati darah orang miskin seperti drakula

Sajak-sajak Yo juga enak dibaca dari segi bahasa kerana dia mahir bermain dengan metafora dan similie serta bijak mengolah rima pada tempat tertentu. Yo juga pandai bercerita di dalam sajak apabila ia perlu menyampaikan fikiran dan emosinya melalui sebuah episode cerita masyarakat.

Kebanyakn sajak Yo adalah pendek-pendek. Hanya lapan buah melimpah ke halaman kedua, selebihnya termuat pada satu halaman sahaja. Malah dua buah sajaknya terbentuk daripada hanya empat baris sahaja, iaitu Nak #1 dan Nak #2 yang ditulis dalam tahun 2007.

Yo menulis sajak-sajak polos tetapi indah. Hal ini memudahkan pembaca meneliti mesej yang hendak diutarakannya. Saya temui hanya sebuah sajak sahaja yang saya anggap sajak kabur, iaitu sajak Usai.

Tiga buah sajak dalam buku ini diiringi fotograf. Pemaparan yang sedemikian, iaitu memasukkan unsur bukan teks ke dalam puisi, adalah bagus dengan syarat unsur bukan teks itu dimasukkan bukan sebagai hiasan semata-mata sebaliknya membantu dalam proses menyampaikan mesej secara yang lebih berkesan. Dalam media elektronik, unsur-unsur yang sering digunakan termasuklah warna-warni, animasi, audio, video, dan lain-lain. Jelasnya, e-puisi yang tulen tidak mungkin dapat dipersembahkan sepenuhnya dalam bentuk cetakan konvensional. Dan bayangkan sebuah puisi ulang tahun kelahiran yang diiringi muzik Happy Birthday To You tentu sekali amat menarik bagi penerimanya.

Setakat itu komen ringkas saya tentang kumpulan puisi Tenung ini . Saya mohon segera berundur diri kerana, bak kata Yo dalam puisinya Penyair Juga:

kadang tak kau sadari
diam itu sendiri puisi

 

Irwan Abu Bakar
Kuala Lumpur, 24 Julai 2014

GLP (Grup Lagu Puisi E-Sastera)

glp_B&W

2014

Vokalis: Hijas dan Ilya
Syarikat Penerbit: Esastera Records (Pengurus Dinie Wan)

ALBUM PENUH

Perada Cinta

ALBUM SINGLES

Kerinduan Syawal (2014)

Suluh Sinar (2012)

 

SNAP SHOTS AKTIVITI

GLP @ PAL KLIP INDIE (Palembang TV Ch42):

          Part 1/5;    Part 2/5;    Part 3/5;    Part 4/5;    Part5/5

MHI (Tv3): http://www.youtube.com/watch?v=0hPOcnTzHUE

Hello On Two (Wawancara TV2): http://www.youtube.com/watch?v=pDqwJh6bs4g

Wawancara TV Al Hijrah.mp4

 

SEJARAH

Ditubuhkan pada tahun 2011.
Single pertama, Suluh Sinar (2012).
Album penuh pertama (11 lagu), Perada Cinta (2014).
Keanggotaan:
2014: Hijas dan Ilya;
2012-2013: Ilya, Hijas, Syah, Nazif (Keyboard), Khairi (gitar);
2011: Ilya dan Amran.

 

 

Perada Cinta

perada_cinta

Judul Album: Perada Cinta
Artis: GLP (juga di GLPband.WordPress.com)
Vokalis: Hijas dan Ilya
Kandungan (11 buah Lagu):
01. CINTA BUKAN MILIKMU (Lagu: Bakri Ismail/Puisi: Dinie Wan)
02. PERADA CINTA (Nazif/Dinie Wan)
03. TERUS BERLARI (Nazif/Nazif + Hijas + Ilya)
04. MELEGAKAN HAKIKAT (Nazif/Ariff Mohamad)
05. PENGHARAP CINTA (Nazif/Dinie Wan)
06. DOA UNTUK GAZA (Umarul Iklim/Zainal Rashid Ahmad)
07. SULUH SINAR (Nazif/Dinie Wan)
08. SEORANG ITU (Dinie Wan/Dinie Wan)
09. JANJI RABU (Dinie Wan/Dinie Wan)
10. PELITA TAK PADAM-PADAM (Nazif/SN Keris Mas)
11. TANPA CINTA (Afira Naqilla/Afira Naqilla + Ilya Kablam)

Republik Korupsi

REPUBLIK KORUPSI

Genre: Kumpulan Puisi
Penulis: Nimoiz T.Y
Penerbit: E Sastra Management Enterprise (eSMe), Jakarta
Tahun Terbit: 2014

SampulRK

ULASAN

 

NIMOIZ T.Y SI PENYAIR SIBER

Kalau kita hendak mencari penyair Malaysia yang dapat dinamai penyair siber, maka Nimoiz T.Y tentunya salah seorang daripadanya. Dia telah berkecimpung dalam pengkaryaan siber sejak 2002, semasa portal eSastera mula dibangunkan. Pada masa itu, umurnya baharu 17 tahun. Di alam siber itulah Nimoiz T.Y mula menempa nama sebagai penyair, termasuk bergelumang hidup dengan pelbagai karenah sasterawan dari pelbagai latar belakang tempat, kedudukan sosial, dan umur.

Nimoiz T.Y muncul cemerlang dalam suasana perebutan perhatian di alam siber apabila dia telah memenangi Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) yang pertama kali diadakan di Malaysia pada tahun 2003, dan untuk dua kali lagi selepas itu, dengan mengalahkan penulis lain yang jauh lebih senior daripadanya. Akhirnya, pada tahun 2009, Nimoiz T.Y berjaya menggondol anugerah tertinggi eSastera, iaitu Anugerah Sasterawan Alam Siber (SAS). Itu semua adalah sejarah. Yang lebih penting ialah keadaaanya yang terus mampu berkaya di alam siber setelah sekian lama sementara ramai rakan pengkarya siber seangakatan dengannya telah meninggalkan kegiatan itu dan kebanyakannya hanyut tidak ke mana-mana di dunia sastera yang penuh cabaran ini.

Nimoiz seorang jurutera yang hands-on. Dia lebih berminat menggunakan tangannya untuk bertukang kayu daripada duduk menukul papan kekunci untuk menghasilkan karya sastera. Namun dia terus gigih dari semasa ke semasa menghasilkan pertukangan sastera dalam pelbagai genre, terutamanya sajak, sajak jenaka, dan cerpen. Esastera telah menerbitkan kumpulan sajaknya Jalan Baru seawal tahun 2006, iaitu semasa dia baru berusia 23 tahun.

Dalam buku Republik Korupsi ini, Nimoiz memaparkan fikiran dan emosinya dalam 41 buah sajak yang menarik dan matang. Sajak-sajak ini ditulis dalam tempoh 11 tahun, dari tahun 2003 sehingga tahun 2013, dengan kesemua sajak dalam buku ini telah terbit dalam akhbar, majalah, atau antologi bersama dari tahun 2005 hingga 2013.

Kandungan buku Republik Korupsi ini menggambarkan kerencaman tema yang dipuisikan Nimoiz: dari gadis yang seksa (Seorang Gadis Dengan Bunga Di Kepala) ke gadis yang seksi (Erang Dari Dalam Kelambu), dari nurani yang syahdu (Memburu Al-Qadar) ke nurani yang kelabu (Kelkatu Nafsu), dari kedamaian alam desa (Ketika Ke Pantai) ke keserabutan kota (Selamat Pagi Kuala Lumur), dari keluhuran jiwa beragama (Salju Aidilfitri) ke kesesatan sosial (Belajar Memberi Rasuah). Nimoiz T.Y juga ada bersajak tentang rakan-rakan penyairnya, iaitu Leo A.W.S (Hadiah Dari Seorang Penyair) dan Fahd Razy (Tatkala Menggeledah Nurani Fahd Razy). Kekadang dia berfalsafah, misalnya dalam sajak Antara Dua Tafsir dan sajak Persoalan.

Sajak Republik Korupsi yang dipilih sebagai judul buku ini merupakan sajak sinis separa polos yang menyindir kekaluatan masyarakat moden dalam menguruskah kehidupan politik dan sosialnya. Katanya,

Di Republik korupsi
batil adalah kebenaran
dan kebenaran adalah boneka mainan

 Kritikan terhadap masyarakat seperti ini banyak digarap oleh Nimoiz dalam buku ini. Sajak-sajak lain yang bersifat sedemikian termasuklah Selamat Pagi Kuala Lumpur, Leher, Gunting, dan Nota Pendek Seorang Pelacur Kepada Menteri.

Satu lagi tema yang akrab dengan penulisan Nimoiz T.Y ialah tema keagamaan. Beberapa sajaknya dapat dikenalpastaikan degan mudah sebagai berunsur kerohanian, misalnya Memburu Al-Qadar, Salju Aidilfitri, Apakah Masih Ada Jiwa Muhammad, dan Atas Nama Korban.   Dalam sajak Atas Nama Korban, beliau berfalsafah tentang agama:

Pengorbanan bukan sekadar pengorbanan
bukan sekadar haji di Baitullah
bukan sekadar tawaf di Kaabah
bukan sekadar lari di Mina melontar jamrah
bukan sekadar darah mengalir di pagi Aidil Adha
bukan sekadar pembahagian tujuh bahagian
tapi adalah pengorban jiwa
petak mula ke garis-garis takwa.

 Di samping isu-isu masyarakat dan agama yang umum, Nimoiz juga bersajak tentang bahasa Melayu, nasib dan kedudukannya:

Nestapa masih lagi beraja
dalam kotak pencinta bahasa
selagai bahasa yang dijunjung di maya pada
tidak diletak di menara bangsa

Sebagai penyair dari generasi Y, Nimoiz T.Y juga bersajak tentang jiwa cinta romantis orang muda yang sentiasa tercabar. Dalam sajak Cinta Yang Kaupinjamkan, Nimoiz meluahkan rasa derita cinta mudanya:

Cinta yang kaupinjamkan
mengisi gelas kecewaku yang pernah retak
kini telah kauambil kembali

Sebagai “pakar” sajak jenak (sajen) yang telah menghasilkan koleksi sajak jenaka dalam buku Tukang Auta (Esastera Enterprise, 2011), Nimoiz T.Y juga menyelitkan di dalam buku ini sajak jenaka Pat-Pat Siku Lipat 10 yang menyindir ahli politik negara dalam suasana pilihan raya:

Pat-pat siku lipat
bila berkempen macam-macam janji dia buat
pat-pat siku lipat
tapi bila dah jadi YB dia pun lesap
pat-pat siku lipat
tinggallah anak mukim masih mengharap

 Sebenarnya, dari segi tema, 41 buah sajak Nimoiz T.Y yang terkumpul dalam buku ini dapat dibahagikan kepada 10 tema utama seperti dalam Jadual 1:

Jadual 1: Tema Utama
Tema Nombor Sajak Jumlah %
Bahasa 6, 12, 19, 37 4 10
Budaya 0 0
Ceritera /Anekdot 0 0
Dedikasi 4, 10, 14, 17 4 10
Kasih/Perkasihan 5, 36 2 5
Kerohanian 1, 7, 27, 33 4 10
Motivasi 26 1 2
Nostalgia 34, 38, 39 3 7
Patriotik 0 0
Pendidikan 8 1 2
Pengurusan 0 0
Perayaan 0 0
Peristiwa 0 0
Perpuisian 0 0
Politik 11, 18, 32, 35, 40 5 12
Renungan / Falsafah 2, 3, 9, 15, 23, 30, 31, 41 8 20
Sains 0 0
Sosial 13, 16, 20, 21, 22, 24, 25, 28, 29 9 22

Penentuan tema ini saya asaskan kepada skema 15 tema umum yang saya aplikasikan dalam buku kumpulan sajak saya, Semelar (kAPAS Publication, 2003), ditambah tiga tema umum lain yang saya paparkan secara huruf italik dalam Jadual 1 itu: Nostalgia, Politik, dan Renungan/Falafah. (Walau apapun, pelabelan tema ini hanya pandangan peribadi saya sendiri dan dapat dipersoalkan, malah ada sajak yang dapat dikategorikan di bawah lebih daripada satu tema yang disenaraikan).

Pada amnya, Nimoiz T.Y bersajak dengan bahasa yang polos, kekadang puitis, kekadang prosaik. Ungkapan yang berikut ini (dari sajak Erang Dari Dalam Kelambu) saya anggap sebagai antara yang puitis:

Aku terlalu letih
dan sukar untukku
terus memburu bulan
di puncak malam.

Ekspresi yang berikut (dari sajak Nota Pendek Seorang Pelacur Kepada Menteri) adalah antara yang prosaik,

Aku tidak bisa lagi melagukan keriangan kerana aku kini telah ternoda.

Dia banyak sekali bermetafora (seluar nafsu; gelas kecewa, kerongkong kasih, kota cabar, kelkatu nafsu, pelita nafsu, awan kenangan, awan memori, lengkung dusta, dll.) dan sesekali berpersonifikasi (hati berbunga; memori menjengah). Stail inilah yang mendominasi keseluruhan karyanya, sama ada disedarinya atau tidak. Bagusnya, mesej yang hendak disampaikannya dapat diterka pembaca dengan cepat. Namun kekadang Nimoiz suka bermain-main dengan kata-kata (atau mempermainkan kata-kata), misalnya dalam sajak Pilihan (2) dan sajak Persoalan. Dalam Pilihan (2), dia menulis:

Ketika kita memilih
tidak dinamakan pilihan
jika pilihan yang diberi
hanyalah satu pilihan.

 Saya suka membaca sajak-sajak Nimoiz. Berisi dan berisu. Saya suka sajak pendek Sangkak (1) dalam buku ini:

Ayam serama
di reban ayah
berebutkan sangkak.

Lama-lama
telur musnah
dimakan biawak.

 Nimoiz T.Y saya kenali sebagai peyair siber. Buku ini berbentuk cetakan konvensional, maka sajak-sajak di dalamnya tidak mampu menggambarkan e-puisi yang sebenar, yang mengandungi pelbagai unsur siber seperti audio dan animasi. Namun marilah kita nikmatinya seadanya.

 

Irwan Abu Bakar
Presiden Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA)
Kuala Lumpur   I  4 Jun 2014

 

Roslie Sidik

Maklumat Peribadi

Roslie-Sidik

Roslie Sidik dilahirkan di Singapura pada tanggal 23 Oktober 1972. Seorang bekas pelajar Maktab Rendah Jurong, beliau sangat meminati sastera Melayu dan Inggeris. Sejak di bangku sekolah lagi, beliau telah meminati bidang penulisan dan aktif dalam pertandingan perbahasan. Di dalam bidang bahasa dan sastera Melayu, beliau pernah menerima bimbingan daripada dua orang sasterawati tanah air, Dr Sa’eda Buang dan Rasiah Halil. Berkat bimbingan mereka, minat beliau kepada bahasa dan sastera Melayu semakin berkembang.

Pada tahun 1996, beliau telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma Pendidikan dari Universiti Teknolgikal Nanyang/Institut Pendidikan Nasional. Beliau seterusnya meraih ijazah Sarjana Muda dalam Kesusasteraaan Inggeris dan Bahasa Inggeris. Beliau juga telah menamatkan pengajiannya dalam program ”Kepimpinan dan Pengurusan Di Sekolah” (MLS) pada tahun 2008.

Kini, beliau adalah seorang guru yang menerajui sebuah jabatan di salah sebuah sekolah pemerintah di Singapura.

Sebagai penulis, beliau gigih mendalami ilmu penulisan. Pada tahun 2008, beliau telah dipilih sebagai wakil sasterawan muda Singapura untuk program penulisan di Bogor, Indonesia anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera). Beliau juga telah dipilih oleh Majlis Seni Kebangsaan untuk mengikuti program penulisan bimbingan sasterawan Isa Kamari (Penerima Anugerah Tun Sri Lanang, 2009).

Pencapaian

  • §  Hadiah Sastera Anugerah Persuratan 2007 & 2011 (Esei/Kritikan Sastera).
  • §  Anugerah Golden Point SPH-NAC, 2009 & 2011 (Cerpen)
  • §  Anugerah Tokoh Muda PENAMAS 2009 (Perguruan Melayu).

Penerbitan

Penulis amat meminati bidang penulisan genre cerpen, esei dan kritikan sastera, dan drama.

Cerpennya yang sulung diterbitkan di Berita Harian, Singapura pada tahun 2000, bertajuk ”Bisikan Seorang Kekasih”. Beliau telah menghasilkan sebuah antologi cerpen Penulis Muda Tiga Negara, Kota Tanpa Karya (2008) serta dua buah kumpulan cerpen persendirian, Doaku (2011) dan Mat Karipap (2014).

Esei sastera beliau yang sulung bertajuk ”Penyair lama harus cuba fahami penyair muda” diterbitkan di Berita Harian pada tahun 2004. Esei-esei yang lain pernah diterbitkan adalah seperti ”Suara Wanita”, ”Karya Isa Unik”, ”Hijrah Minda”, ”Karya Suratman boleh dijadikan kayu ukur menilaikan kejayaan penulis”, ”Bahasa bersahaja tapi dapat sampaikan dengan berkesan”, dan ”Menyingkap rahsia di sebalik yang tersirat”.

 

 

Puzi Hadi

Puzi Hadi 

PUZI HADI (Mohamad Puzi Bin A. Hadi)

2933-R, Taman Muhibbah

Lebuh Raya Sultanah Bahiyah

05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia.

HP: 013-4229418 / E-mel: puzi.hadi@yahoo.com

DILAHIRKAN di Kulim, Kedah pada 9 Mei 1951. Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kulim, Kedah dan Nibong Tebal, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya di Sekolah Kebangsaan Chowrasta dan Sekolah Menengah Abdullah Munshi. Terakhir di Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur.

Mengikuti pengajian luar kampus USM Pulau Pinang dan menerima ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan) pada tahun 1998. Pesara Penolong Pegawai Perubatan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2007 (selepas berkhidmat 36 tahun di Pusat Tibi Negara, Kuala Lumpur; Hospital Alor Setar, Kedah; Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis; dan terakhir di Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah).

Karya puisi pertama ialah ”Padang Kota Lama” (Dewan Sastera, 1972) dan menemui khalayak sastera melalui akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia dan Utusan Zaman; tabloid Warta Darulaman, Watan dan Harakah; serta majalah antaranya dalam Dewan Sastera, Dewan Budaya dan Dewan Tamadun Islam (Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka), Jendela Utara (Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara), ERA dan Fantasi (Creative Enterprise Kuala Lumpur). Karya dan ulasan puisi melalui laman e-Sastera Malaysia, iaitu e-sastera.com (2010-2011), esastera.my (2012) dan esastera2u.com (2013).

Beliau memenangi Hadiah Sastera Malaysia (Puisi) Tahun 1984/85 melalui puisi “Shauqiyah Hanim”. Menghasilkan empat antologi puisi, iaitu Bujang (1975), Bak Ombak (1988), Lokomotif (1991) dan Dot Dot Dot (2012).

Juara pertama, Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah dan Peringkat Kebangsaan (1987). Sebagai Hakim Peringkat Kebangsaan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan sejak tahun 2000 hingga 2007 dan 2013. Berpeluang baca puisi dalam dan luar negara.

Keahlian biasa dalam Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI Kedah), Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA).

Menyertai sastera maya di e-Sastera.com dengan username PuziHadi sejak 5 Mei 2010. Sempena HesCOM Edisi Ke-8, Shah Alam, Selangor 2010 telah menerima hadiah pertama Sayembara Kritikan Sastera 2010 serta, Deklamator Pilihan Malam Baca Puisi eSastera di Rumah Pena, Kuala Lumpur (4 Jun 2010). Pengulas puisi bulan eSastera sejak tahun 2011. Peserta Kembara Palembang E-Sastera dalam Pertemuan Penyair Nusantara V di Palembang (2011). Pengarah HesCom Edisi Ke-9, Alor Setar, Kedah 2011 dan menerima Anugerah Khas Kegiatan Dampak Tinggi (Ulasan Puisi) dan hadiah sagu hati Anugerah Puisi Alam Siber (APAS). Menerima Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) 2013 sempena Hadiah eSastera.com (HesCom) Edisi Bali, Indonesia pada 11 November 2013. Penyelaras majlis Jelajah E-Sastera Utara 2014 di Alor Setar, Kedah.

SENARAI KARYA PUZI HADI

 Puisi Persendirian:

 

  • 21 Memanggil. Seremban: Stensilan, 1972;
  • 22 Jenak. Seremban: Stensilan, 1973;
  • Bujang. Alor Setar: Penerbitan Sendiri, 1975;
  • Ekslusif. Kumpulan puisi/dokumentasi. Alor Setar: Stensilan, 1981;
  • Konseptual Puisi. Kumpulan esei, Alor Setar: Stensilan 1982;
  • Arafat. Alor Setar: Stensilan, 1982;
  • Potret Puzi Hadi (Hari Sastera ’85). Alor Setar: Stensilan, 1985;
  • Asian Poetry Festival Dhaka ’86: Puisi Puzi Hadi. Alor Setar: Stensilan,1987;
  • Bak Ombak.  Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1988;
  • Puisi DBKL ’89: B.U.J.A.N.G. Alor Setar: Stensilan, 1989;
  • Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991;
  • Malam Puisi Penyair Puzi Hadi. Alor Setar: Stensilan, 22 Disember 2012;
  • Dot Dot Dot. Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012.

 

Antologi Puisi Bersama:

 

  • Gema Membelah Gema 1 (antologi bersama).  Melaka: Jawatankuasa Hari Puisi 1, 1971;
  • Gema Serunai Hati (antologi bersama).  Seremban: PEN, 1972;
  • Puzi Hadi, “The lonely beaches” terjemahan sajak “Sepi” dlm. Berita Mahasiswa, Persatuan Mahasiswa USM Pulau Pinang, Jilid 3, No. 3, 1973;
  • Gema Membelah Gema 3 (antologi bersama).  Kelang: Jawatankuasa Hari Puisi ke-3, 1974;
  • Buku V, Pesta Puisi Asean, Jakarta” (antologi bersama). Jakarta: TIM, 1978;
  • Tinta Pena (antologi bersama).  Kuala Lumpur: PENA, 1981;
  • Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981;
  • Manifestasi (antologi bersama).  Kuala Lumpur: PENA, 1982;
  • Titian Laut (antologi bersama).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984;
  • Keris dalam Bunga Raya (antologi bersama).  Kuala Lumpur: PENA, 1985;
  • Titian Laut II (antologi bersama).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986;
  • Maruah Merdeka (antologi bersama).  Kuala Lumpur: GAPENA, 1986;
  • Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsan (antologi bersama). Kuala Lumpur: Gapena, 1987;
  • Perubahan (antologi bersama).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988;
  • Malaysia dalam Puisi (antologi bersama).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988;
  • Mengenangmu Puisi-puisi Melayu Berunsur Islam 1933-1986 (antologi bersama).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988;
  • Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry 1975-1985 (antologi bersama).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988;
  • Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (antologi bersama).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989;
  • Merpati Putih dan Pelangi (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990;
  • Gema Membelah Gema 10 (antologi bersama).  Pulau Pinang: Jawatankuasa Hari Puisi Nasional ke-12, 1991;
  • Puisi Sepanjang Zaman (antologi bersama).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992;
  • BOSNIA: Meniti Kematian (antologi bersama).  Alor Setar: Pinggiran, 1992;
  • Suara Rasa (antologi bersama).  Kuala Lumpur: Maybank, 1992;
  • Tanfiz (Terjemahan manifestaisi dalam bahasa Arab) (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994;
  • Suara Kemanusiaan/The Voice of Humanity (antologi bersama).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997;
  • Qalha (antologi bersama).  Alor Setar: ASASI, 1999;
  • Baca Puisi Kedah Sihat Sejahtera, sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2002 Peringkat Negeri Kedah (antologi bersama). Pulau Pinang: DBP Wilayah Utara, 2002;
  • Emas Tempawan – Burnised Gold (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004;
  • Antologi Puisi Patriotik 2007 (antologi bersama). Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, 2008;
  • Genting Gaza, Gentingnya Genting: Antologi Sajak Prihatin Palestin (antologi bersama). Kuala Lumpur: PENA & INSKA, 2009;
  • Selamatkan Anak-anak Palestin(antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009;
  • Puisi Agenda Melayu (antologi bersama). Kuala Lumpur: YKSM, 2009;
  • Menatap Hujan: Antologi puisi berunsur Islam(antologi bersama). Shah Alam: UPENA, 2010;
  • Kampung Warisan Kuala Lumpur: Antologi Puisi 56 Penyair (antologi bersama). Kuala Lumpur: PAKSI, 2010;
  • Sumpah 152: Antologi Puisi hari Pejuang Bahasa(antologi bersama). Kuala Lumpur:GAPENA, 2010;
  • Bukit Siguntang Mahameru (antologi bersama). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2011;
  • Puisi Pangkor 1 (antologi bersama). Ipoh: IDR, 2011;
  • Menyirat Cinta Haqiqi – Antologi Puisi Numera(antologi bersama).  Puchong: Insandi, 2012;
  • Sensasiber: Antologi Puisi Siber 2011 Pilihan Puzi Hadi (antologi bersama). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • E-Loka: Direktori Penyair eSastera Malaysia 2011 (antologi bersama). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • Ana: Antologi Karya ESastera Mengenang Brirasa2011 (antologi bersama). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • Puisi Pangkor 2 (antologi bersama). Ipoh: IDR & YKKM, 2012;
  • E-Loka II: Direktori Penyair eSastera Malaysia 2012 (antologi bersama). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012.

 

ESEI KARYA DAN KEGIATAN E-SASTERA OLEH PUZI HADI:

 

  • “Flotila Pembebasan Gaza Penyair siber e-Sastera.com Berpuisi” dlm. Harakah, Bil. 1549, 18-20 Jun 2010;
  • “Penyair Siber Malaysia Berpuisi Isu Flotila Pembebasan Gaza” dlm. Net, Jilid 4, Bil. 2, Edisi 10, Julai-Disember 2010;
  • Forensik Puisi Ke Atas Kota-Kotak Demokrasi (Makalah).Temucara E-Sastera Kedah anjuran Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-Sastera) di Hotel Bustani, Jitra, Kedah Darul Aman, 15 Januari 2011;
  • “Menyingkap Karya Puisi e.sastera.com/Komuniti Penyair Bulan Januari 2011” dlm.sastera.com, 7 Februari 2011;
  • “Memukat Karya Puisi e.sastera.com/Komuniti Penyair Bulan Februari 2011” dlm.sastera.com, 2 Mac 2011;
  • Mencandat Karya Puisi e.sastera.com/Komuniti Penyair Bulan Mac 2011” dlm.sastera.com, 3 April 2011;
  • Mengetam Karya Puisi e.sastera.com/Komuniti Penyair Bulan April 2011” dlm.sastera.com, 8 Mei 2011;
  • Mengeteh Karya Puisi e.sastera.com/Komuniti Penyair Bulan Mei 2011” dlm.sastera.com, 3 Jun 2011;
  • Menoreh Karya Puisi e.sastera.com/Komuniti Penyair Bulan Jun 2011” dlm.sastera.com, 5 Julai 2011;
  • “Memugar Karya Puisi e.sastera.com/Komuniti Penyair Bulan Julai 2011” dlm.sastera.com, 16 Ogos 2011;
  • “Menampi Karya Puisi e.sastera.com/Komuniti Penyair Bulan Ogos 2011” dlm.sastera.com, 5 September 2011;
  • “Menyulam Karya Puisi e.sastera.com/Komuniti Penyair Bulan September 2011” dlm.sastera.com, 4 Oktober 2011;
  • “Menyagat Karya Puisi e.sastera.com/Komuniti Penyair Bulan Oktober 2011” dlm.sastera.com, 3 November 2011;
  • “Mensiber Karya Puisi e.sastera.com/Komuniti Penyair Bulan November 2011” dlm.sastera.com, 12 Disember 2011;
  • “Fatamorgana: Koleksi Puisi Penyair Kedah, Abdul Halim “R”” dlm. Jendela Utara, Bil. 32, Disember 2011;
  • “Anugerah HesCom Ke-IX: Jom ‘P’ Kedah Tampi Puisi” dlm. Jendela Utara, Bil. 32, Disember 2011;
  • “Anugerah HesCom Ke-IX Kedah 2011: Jom P Kedah Tampi Puisi & Menampi Dua Acara E-Sastera” dlm. e-sastera.com/Penyair, 12 November 2011;
  • “Jom hadiri anugerah e-sastera.com di Kedah” dlm. http://www.detikdaily.net/v6, 5 Disember 2011;
  • “Wacana karyawan & Malam Semarak Genta Puisi” dlm. eSastera, Edisi 1, Disember 2011;
  • Tukang Auta: 88 Buah Sajen Nimoiz T.Y Berauta Puisi Kepada Kita” dlm. Tukang Auta (Nimoiz T.Y), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2011;
  • “111 Puisi Siber Hasimah Harun: Penyair Siber Wanita Malaysia” dan “Retrospektif Sekitaran Perpuisian Melayu Moden: Keterlibatan Penyair Wanita)” dlm. Rumput dan Angin (Hasimah Harun), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2011;
  • 44 Soneta: Mokhtarahman Melebar Sayap Puisi Siber Soneta E-Sastera.Com” dlm. 44 Soneta (Mokhtarahman), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2011;
  • “Kembara Palembang E-Sastera dalam Puisi, Soneta, Sajen, Haiku Melayu dan Travelog” dlm. Bukit Siguntang Mahameru (Puzi Hadi), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2011;
  • “Soroton 2011: Karya dan Penyair e.sastera.com/Penyair” dlm.sastera.com, 7 Januari 2012;
  • “Melabuh Karya Puisi e.sastera.com/Komuniti Penyair Bulan Disember 2011” dlm.sastera.com, 18 Januari 2012;
  • “E-Sastera Mempertemukan Karyawan Sastera Siber” dlm. Klik WEB DBP, 17 April 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Penyair (Lama): Januari 2012” dlm. sastera.com, XXX 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Penyair (Lama): Februari 2012” dlm. sastera.com, XXX 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Penyair (Lama): Mac 2012” dlm. sastera.com, XXX 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Sajak (Baru): Februari 2012” dlm. e-sastera.my, XXX 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Sajak (Baru): Mac 2012” dlm. e-sastera.my, XXX 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Penyair (Lama): XXX 2012” dlm. sastera.com, 12 Oktober 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Sajak (Baru): April 2012” dlm. e-sastera.my, 13 Oktober 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Penyair (Lama): Mei 2012” dlm. sastera.com, 27 Oktober 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Sajak (Baru): Mei 2012” dlm. e-sastera.my, 31 Oktober 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Penyair (Lama): Jun 2012” dlm. sastera.com, 2 November 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Sajak (Baru): Jun 2012” dlm. e-sastera.my, 6 November 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Sajak (Baru): Julai 2012” dlm. e-sastera.my, 9 November 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Sajak (Baru): Ogos 2012” dlm. e-sastera.my, 11 November 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Sajak (Baru): September 2012” dlm. e-sastera.my, 26 November 2012;
  • “2012: E-Sastera Malaysia Terus Menyerlah Tika Dirinya Bertukar Wahana” dlm. e-sastera.my, 31 Disember 2012;
  • “2012: E-Sastera Malaysia Terus Menyerlah Tika Dirinya Bertukar Wahana” dlm. com, 31 Disember 2012;
  • ”Sepatah Dua Kata” dlm. Sensasiber: Antologi Puisi Siber 2011 Pilihan Puzi Hadi (Puzi Hadi),Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • ”Kata Pengantar” dlm. e-Loka: Direktori Penyair eSastera Malaysia 2011 (Puzi Hadi dan Irwan Abu Bakar),Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • ”Pengantar Penyelenggara” dan ”Brirasa, Penyair Siber Kedah: Dalam Memori” dlm. Ana: Antologi Karya ESastera Mengenang Brirasa (Puzi Hadi dan Irwan Abu Bakar), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • ”Kata Pengantar 2” dlm. Kuntom Ungu (Irwan Abu Bakar), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • ”Menimba Pengalaman Berpuisi Setiyo Bardono” dlm. Aku Mencintaimu dengan Sepenuh Kereta (Setiyo Bardono), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • ”Pra dan Pasca Risalah Syahadah: Seorang Penyair Muslim, S. Iqram” dalam Risalah Syahadah (S.Iqram), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • ”Epilog” dlm. Hingga ke Negeri Abadi (Ibnu Din Assingkiri), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • “Penyair Puzi Hadi Dirai” dlm. Jendela Utara, Bil. 35, Disember 2012;
  • “Ulasan Puisi Siber eSastera/Sajak (Baru): Disember 2012” dlm. e-sastera.my, Januari 2013;
  • “Malam Puisi Penyair Puzi Hadi: Pakej Tiga Dalam Satu (Versi III)” dlm. com, 7 Januari 2013;
  • “Ulasan Puisi Siber e-sastera.com (Baru)/Sajak: Oktober 2012” dlm. com, 24 Mac 2013;
  • “Laporan Sayembara 1/13: Hujan” dlm. com, 25 Mac 2013;
  • “Penyair eSastera.com bersemarak Ramadan” dlm. Harakah, Bil. 1862, 19-21 Julai 2013 dan Bil. 1863, Bil. 1863, 22-25 Julai 2013;
  • “Ulasan Puisi Siber e-sastera.com (Baru)/Sajak: November 2012” dlm. com, 7 Ogos 2013;
  • “Ulasan Puisi Siber e-sastera.my (Baru)/Sajak: Disember 2012” dlm. com, 26 Ogos 2013;
  • “Suara dari Anjung Pendeta, Suara Hati Penyair Ruhie Isma” dlm. com, 21 November 2013;
  • Suara dari Anjung Pendeta,Suara Hati Penyair Ruhie Isma (Kertas kerja). Dialog Puncak ASASI 2013, 21-22 November 2013;
  • Bicara di Bibir Bulan II – Meninjau Aspek Luaran Teks Puisi (Kertas kerja). Dialog Puncak ASASI 2013, 21-22 November 2013;
  • ”Mukadimah E-Loka II 2012”, ”Prelude I: Puisi Pilihan Puzi Hadi” dan ”Prelude II: Puisi Menarik eSastera 2012” dlm. E-Loka II: Direktori Penyair eSastera Malaysia 2012, Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2013;
  • ”Damai Itu, Kuhasratkan: Hasimah Harun Mendamaikan Puisi” dlm. Bunga dan Bayu (Hasimah Harun), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2014;
  • Mat Karipap Berpenuh Hikmah dan Rahmah” dlm. Mat Karipap (Roslie Sidik), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2014;
  • “Analisis Ringkas: Penyair dan Karya Puisi esastera2u.com (Teks Sajak) Tahun 2013” dlm. com, 1 Januari 2014;
  • “Penyair Siber E-Sastera Ariselba Dalam Kenangan” dlm. com, 17 Februari 2014;
  • “Tragedi dan Misteri Kehilangan MH370 dalam Puisi E-Sastera” dlm. com, 25 Mac 2014;
  • “Tragedi dan Misteri Kehilangan MH370 dalam Puisi E-Sastera (II)” dlm. com, 1 April 2014;
  • “Ketua Pengarah DBP Menyantuni Persatuan-persatuan Penulis di Wilayah Utara” dlm. com, 6 April 2014;
  • “Laporan Sayembara Menulis Puisi Telegram “MH370 Masih Hilang”” dlm. Puisi Telegram MH Hilang, Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2014;
  • “Brirasa di Dalam Antologi Puisi Ana” dlm. com, 17 April 2014;
  • “Mencerap Sajak eSastera2u.com – Januari 2014” dlm. com, 22 April 2014;
  • “Brirasa Dalam Antologi Puisi Ana” dlm. Harakah, Bil. 1941, 28 April – 1 Mei 2014;
  • “Mencerap Sajak esastera2u.com – Februari 2014” dlm. com, 30 April 2014;
  • “Mencerap Sajak esastera2u.com – Mac 2014” dlm. com, 2 Mei 2014;
  • “Mencerap Sajak esastera2u.com – April 2014” dlm. com, 4 Mei 2014;
  • “101 Puisi Siber Terakhir Garapan Penyair Arisel BA” dlm. com, 10 Mei 2014.
  • “Dinie Wan, Menempa Nama Melalui Album Perada Cinta” dlm. com, 3 Julai 2014.
  • “Majalah Net, eSastera Majalah dan E-Sastera Bookazine: Perantara Kedua Laman Siber eSasatera.com” dlm. esastera2u.com, 5 Julai 2014.
  • “Sasterawan Alam Siber (SAS) Anbakri: Penyair dan Penyanyi Lagu Puisi eSastera” dlm. dlm. com, 13 Julai 2014.
  • “Kupasan Puisi – Sirah Rasulullah Dalam Puisi Siber” dlm. antologi puisi Sirah Rasulullah Dalam Puisi Siber (Diselenggara oleh Puzi Hadi dan Irwan Abu Bakar), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2014.

 

KATA PENGANTAR OLEH PUZI HADI:

 

  • “Noorjaya: Penulis dari utara berpendapat… Bakat dan ‘ilmu bantu’ perlu untuk berjaya sebagai sasterawan” dlm.Gelanggang (Noorjaya). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1986;
  • “Prakata” dlm. Masaalik, Liku-liku Perjuangan (Sebuah antologi puisi) (An-Niamaty @ Ustaz Niamat Yusoff), Ustaz Niamat Yusoff). MTI Derang: Penerbitan Ilham, 2004;
  • Tukang Auta: 88 Buah Sajen Nimoiz T.Y Berauta Puisi Kepada Kita” dlm. Tukang Auta (Nimoiz T.Y), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2011;
  • “111 Puisi Siber Hasimah Harun: Penyair Siber Wanita Malaysia” dan “Retrospektif Sekitaran Perpuisian Melayu Moden: Keterlibatan Penyair Wanita)” dlm. Rumput dan Angin (Hasimah Harun). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2011;
  • 44 Soneta: Mokhtarahman Melebar Sayap Puisi Siber Soneta E-Sastera.Com” dlm. 44 Soneta (Mokhtarahman). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2011;“
  • Kembara Palembang E-Sastera dalam Puisi, Soneta, Sajen, Haiku Melayu dan Travelog” dlm. Bukit Siguntang Mahameru (Puzi Hadi). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2011;
  • “Ekstasi Cinta” (Blurb) dlm. Ekstasi Cinta (S.Iqram). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2011;
  • ”Sepatah Dua Kata” dalam Sensasiber: Antologi Puisi Siber 2011 Pilihan Puzi Hadi (Puzi Hadi). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • ”Kata Pengantar” dlm. E-Loka: Direktori Penyair eSastera Malaysia 2011 (Puzi Hadi & Irwan Abu Bakar). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • ”Pengantar Penyelenggara” dan ”Brirasa, Penyair Siber Kedah: Dalam Memori” dlm. Ana: Antologi Karya ESastera Mengenang Brirasa (Puzi Hadi & Irwan Abu Bakar). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • ”Kata Pengantar 2” dlm. Kuntom Ungu (Irwan Abu Bakar). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • ”Kata Pengantar: Menimba Pengalaman Berpuisi Setiyo Bardono” dalam Aku Mencintaimu dengan Sepenuh Kereta (Setiyo Bardono). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • ”Pra dan Pasca Risalah Syahadah: Seorang Penyair Muslim, S. Iqram” dlm. Risalah Syahadah (S.Iqram). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • ”Epilog” dlm. Hingga ke Negeri Abadi (Ibnu Din Assingkiri). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • “Pak Samad Said dan Puzi Hadi: Secuit Kenangan Peribadi” dlm. Pak Samad di Mata Kami (Rahimidin Zahari). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2012;
  • “Saya Ingat Shahnon Ahmad Pernah Bercakap Tentang Penulis dan Peranan Badan Penulis Kedah” dlm. Cikgu Shahnon di Mata Kami (Rahimidin Zahari). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2013;
  • ”Mukadimah E-Loka II 2012”, ”Prelude I: Puisi Pilihan Puzi Hadi” dan ”Prelude II: Puisi Menarik eSastera 2012” dlm. E-Loka II: Direktori Penyair eSastera Malaysia 2012 (Puzi Hadi & Irwan Abu Bakar. Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2013;
  • ”Prawacana” dlm. Sedulang Tahfifah (Jusoh Ahmad). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2013;
  • ”Damai Itu, Kuhasratkan: Hasimah Harun Mendamaikan Puisi” dlm. Bunga dan Bayu (Hasimah Harun). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2014;
  • Mat Karipap Berpenuh Hikmah dan Rahmah” dlm. Mat Karipap (Roslie Sidik, cerpenis Singapura). Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2014;
  • “Laporan Sayembara Menulis Puisi Telegram “MH370 Masih Hilang”” dlm. Puisi Telegram MH Hilang. Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2014.
  • “Kupasan Puisi – Sirah Rasulullah Dalam 67 Puisi Siber” dlm. antologi puisi Sirah Rasulullah Dalam 65 Puisi Siber(Diselenggara oleh Puzi Hadi dan Irwan Abu Bakar), Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2014.

 

PENYELENGGARA BUKU:

 

  • Puzi Hadi dan Abdul Halim ‘R’, Karya dan Karyawan Sepintas Lalu, Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, 1991;
  • Puzi Hadi dan Saadin Abdullah, BOSNIA: Meniti Kematian (antologi bersama), Alor Setar: Pinggiran, 1992;
  • Puzi Hadi, Bukit Siguntang Mahameru, Kuala Lumpur: eSastera Enterprise, 2011;
  • Puzi Hadi, Sensasiber: Puisi Pilihan Puzi Hadi, Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah dan E-Sastera Enterprise, 2012;
  • Puzi Hadi & Irwan Abu Bakar, E-Loka: Antologi Puisi Siber 2011, Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • Puzi Hadi dan Irwan Abu Bakar(Penyelenggara), Ana: Antologi Karya ESastera Mengenang Brirasa, Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2012;
  • Puzi Hadi dan Irwan Abu Bakar (Penyelenggara), E-Loka II: Antologi Puisi Siber 2012, Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise), 2013.
  • Puzi Hadi dan Irwan Abu Bakar (Penyelenggara), Sirah Rasulullah Dalam 67 Puisi Siber, Kuala Lumpur: E-Sastera Enterprise, 2014.